Naik Turun Disco Ride

|| chapter: 2 ||

Ini I-City. Maaf tak ada gambar Disco Ride 😆


Dalam hidup aku, aku tak pernah naik Roller Coaster. Aku cuma pernah merasa naik Disco Ride dekat I-City. Asalnya cuma jalan-jalan sebelum cuti semeter satu bermula. Waktu itu, aku dengan kawan-kawan berpakat, sebelum cuti kena pergi I-city.

Waktu dah malam baru best pergi. Meriah. Benda mula-mula yang paling bising Disco Ridelah. Semua orang yang naik menjerit-jerit. Kawan-kawan akupun ajak cuba naik Disco Ride lepas dah pusing-pusing dekat I-city termasuklah Pirate Ship. Lagipun antara sebabnya semua tak pernah merasa. Jadi akupun okay nak cuba naik Disco Ride. Lagipun rugilah kalau datang tapi tak naik. Tapi tak semuapun naik. Ada sahaja yang nak volunteer jadi cameraman dekat bawah. 

Aku naik tangga. Duduk atas tunggangan motor. Dah mula rasa nervous. Bila mesin dah mula bergerak - Aku langsung tak boleh menjerit. Kawan kat sebelah dah menjerit macam orang gila. Termasuk penunggang-penunggang lain.

Waktu itu aku cuma takut aku tercampak dan tersangkut atas pokok. Bayangkanlah Disco Ride tu bukan setakat gerak kiri ke kanan sahaja. Siap berpusing aku tak tahan. 

Sampai habis naik ride, aku langsung tak boleh nak menjerit. Kepala berpinar nak jejak tanah. Kawan sebelah pula puji aku sebab berani tahap gaban. Sedangkan sebenarnya

|

Ya. Itu aku. Bukan setakat naik Disco Ride aku tak boleh menjerit. Bahkan dalam keadaan nyata aku tak boleh nak meluahkan apa yang sepatutnya diucapkan pada waktu yang tepat. Aku yakin perkara sebegini bukan aku seorang sahaja. 

Mengungkapkan sesuatu pada waktu yang salah kepada orang yang salah.

Aku tak suka bila perkara sebegini jadi dekat diri aku sendiri. Situasinya, Ali stress. Dia cuma nak luahkan perkara yang terbuku dalam fikiran dan hati dia dekat Dollah. Cuma mahukan pendengar sahaja. Dollah pula alim orangnya. Kemudian selepas itu Dollah terus menilai dosa pahala dan tak mahu mendengar luahan.

Aku rasa benda ini jadi dekat banyak orang. 

Well, apa kaitannya dengan Disco Ride? 

Kalau kau pernah naik Disco Ride mesti tahu apa perasaannya. Aku yang dah naik waktu tiga semester lepas masih boleh ingat sampai sekarang perasaan naik Disco Ride. 

Karakter sebenar seseorang boleh terlihat bila naik mesin yang buat jantung kau tercabut. Orang yang punya karakter suka meluahkan mesti boleh menjerit sepuas-puasnya sampai habis suara. Tapi, kalau seseorang yang punya karakter kuat memendam dan tak suka bersuara, naik Disco Ride pun tak boleh menjerit.

|

Cuma mampu menjerit dalam hati.





Tak semua orang mampu meluahkan semua perkara yang terbuku dalam isi hati. Lebih-lebih lagi bila kau seorang yang takut 'mengungkapkan sesuatu pada waktu yang salah kepada orang yang salah'.

Untuk meluahkan sesuatu perkara terutamanya rahsia, atau pengalaman lalu yang mungkin menyebabkan dia seperti apa yang kita lihat sekarang - perlukan masa dan kekuatan yang besar. Terutama sekali dengan orang yang rapat.

Mungkin sahaja kenyataan aku salah. Maka boleh diabaikan bait-bait tulisan aku. 

Cuma, perasan tak orang sekarang ramai yang mengalami depressi. Malahan aku sendiri ada kenalan yang mengalami masalah seperti ini. Cuma aku takut nak mendekati sebab aku tahu aku bukannya jenis boleh diplomasi dengan karakter orang lain. Tapi kadang-kadang bila aku terpilih untuk jadi teman luahan - why not?

Lagipun aku selalunya bab macam ini aku senang lupa. Syukurlah. 

Malah, kadang-kadang aku selalu fikir. Kenapa manusia mesti ada pelbagai karakter dan disatukan dalam komuniti. Perbezaan antara karakter introvert, extrovert dan ambivert ada masanya melukakan sesama sendiri tetapi saling memerlukan.

Kenapa ada masanya perbezaan itu menyakitkan. Dan kenapa ada masanya perbezaan juga melengkapkan?

Kau dan aku ada pendapat yang berbeza. Tak ada rumusan yang boleh dibuat. Cuma aksara-aksara berselerak lagi menyerabutkan.

Sayonara.

Comments

  1. Perbezaan tu yang sebenarnya melengkapkan kita. Kalau kita boleh buat semua benda yang sama, kita tak perlukan orang lain dalam hidup. Disebabkan kita berbeza lah, kita perlukan orang lain untuk menyempurnakan kita.

    ReplyDelete
  2. Bill Ada prlbagai karakter barulah berwarna warni kehidjlan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts